Friday, April 20, 2012

D'aora belly dancing... bagus untuk isteri2 !



TIPS: sebelum korg baca fakta tentang belly dance ni (yang aku copy paste dr FB trainer belly dance d'aora)... aku nk bg tips sikit.. lps bace kelebihan ber belly dancing ni, cnfm korg akan rase tak sabar nak join... jgn pikir benda negative pasal belly dance, ini salah satu cara untuk kita (isteri2) mengikat suami dan menjaga kerukunan rumahtangga especially untuk ibu2 yg dah melahirkan ramai anak...belly dancing bukan untuk fit sahaja, bukan seperti senaman biasa, tp belly dancing blh buat u all rase happy, rase seksi dan rasa lebih yakin dengan diri sendiri bile bersama suami... boleh ketat kan tang mane2 yg tk brape nk ketat.. hahaha... kalau korg berminat nak join tapi husband korg say no..no..no (mcm laki aku mase aku mule2 ckp nk join dlu la..), apa yg korg perlu buat adalah on tenet, bukak youtube, tunjuk kat husband u all video belly dancing.. biar dia tgk wat is belly dancing ....esp, belly dancing shakira.. hahaha.. menitik air liur laki korg tgk..apatah lg kalau isteri pandai buat tarian tu... hahahah... aku wat cmtu la kat laki aku..lps tgk video belly dancing kt youtube, esoknyer trus dia senyap2 tinggalkan duit atas meje solek siap tulis note lg suruh gune duit tu wat bayar yuran ahli d'aora, lps tu dia bg pulak duit untuk beli seluar yg sesuai utk belly dancing... skrg ni bile aku ponteng kelas, dia yg over suruh aku pegi hari2... rase2 nyer kenapa encik aim jadi supportive camtu? hahahha..... hanya suami yg tahu kenapa.... so korg pun blh try klu korg sayang suami korg... positif positif positif... aku takkan bersungguh suruh korg join kalau tak best.... benda yg best utk kerukunan rumahtangga kena share sama2.... sharing is caring... kite berusaha buat suami bahagia dan sayang kite...yg lain2 terletak di tgn suami dan qada' qadar Allah la....yg penting kite usaha....kan..kan...kan...hihihi


Sila tenang2 kan hati dan baca fakta tentang  belly dance ni sampai habis...luv u all... mmmmuuuuaaah..


Petikan/luahan ikhlas/perkongsian ilmu daripada owner/trainer/consultant D'AORA (kak Ra):






Rutin saya yang tak dapat dipisahkan sehingga sekarang adalah ‘senaman bellydancing’. Senaman ini berasaskan tarian bellydancing yang sebanar. Pasang lagu Shakira yang berirama padang pasir sarat dengan gendang dan tabla, atau diimprovisasikan dengan muzik disko dan hip hop.

Si penari bellydancing akan melentikkan dan meliuk lentukkan bahagian perut dan punggung selain men ‘crumping’ bahagian dada. Yang pasti tarian bellydancing banyak khasiatnya yang membantu saya dari segi kesihatan, dan jua sosiologi. Selain bellydancing, ia juga boleh dianggap sebagai satu permainan otot kerana si penari bellydancing harus fasih dengan otot mana harus dikecut dan dikembangkan dalam sesuatu step tarian. Mari tambah info apa itu bellydancing.

Bellydancing adalah nama Barat dan tarian gelek di sebut dikalangan bangsa Melayu yang diberikan untuk suatu jenis tarian Arab yang dibangunkan di Timur Tengah. Di Eropah, ia kadang-kadang digelar tarian oriental. Sesetengah pemuja Amerika hanya merujukkannya sebagai “Tarian Timur Tengah”or “dance of the east”. Dan di Hong Kong, ia dipanggil “Shimpoli Carmi” (“Tarian Matahari”).
Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai raqs sharqi رقص شرقي (“tarian timur”) atau kadang-kadang raqs baladi رقص بلدي (tarian “kebangsaan” or “rakyat“). Istilah “raqs sharqi” mungkin berasal dari Mesir.

Para penari Raqs Sharqi menginternalise dan mengekspres perasaan yang dievoke oleh muzik. Secara sesuai, muzik adalah terpenting bagi tarian. Bak kata Shakira, “my Hips Don’t Lie”. Secara semulajadi badan penari bellydancing akan ‘terangsang’ dengan muzik dan rentak yang betul sebelum dapat menari. Basically means, bellydancing adalah tarian yang disatukan dengan lentuk badan. Para penari Raqs Sharqi yang tertarik hati adalah yang dapat projectkan perasaan mereka sepanjang tarian, walaupun tarian mereka terdiri dari gerakan mudah. Tujuan penari adalah untuk berhubung secara visual ke para penonton emosi dan rentak muzik. Ini terutamanya ternampak sewaktu solo portion gendang pada suatu persembahan.

Kelebihan bellydancing adalah zahir dan batin. Tarian memperolehi senaman cardio-vascular yang bagus dan bantu menambahkan flexibiliti dan kekuatan, mengfokus pada torso atau “core muscles”, walaupun ia juga membina kekuatan peha. Banyak gaya tarian menekankan “isolations” otot, mengajar kebolehan untuk menggerakkan berbagai otot atau kelompok otot secara berdikari. Tudung, selendang, payung (aksesori lain) boleh juga membina kekuatan lengan, bahu dan badan-atas umum, dan bermain zils dapat membina kekuatan dan keberdikarian jari. bellydancing juga sesuai untuk semua jenis usia dan badan, dan boleh juga menjadi fizikal dengan sebagaimana penyerta memilih.

Dengan itu, bellydancing dapat mengetatkan otot di bahagian perut, punggung dan dada. Ia menjadi tarian yang popular di Indonesia dalam mengikat sang suami untuk terus melekat di rumah daripada melepak di kedai-kedai kopi. Buat isteri-isteri yang mahukan cengkaman yang kuat dan ketat dalam rutin hubungan intim suami isteri, bellydancing juga mampu mengetatkan otot faraj. Ia memudahkan penyembuhan ibu-ibu selepas bersalin dan menutup pintu rahim kembali rapat. Ini kerana di dalam bellydance sendiri si penari harus mengemut dan mencengkam otot bak Inul ketika menari gerudi. Tambahan pula, tarian gelek ini merapatkan hubungan pasangan dan keluarga kerana hanya si suami dan keluarga yang dapat melihat ‘persembahan’ gelek dari sang wanita seperti budaya Arab yang menggelarkan isteri-isteri ini sebagai ‘wanita baik’ bagi wanita arab pula,tahu bellydancing adalah satu kewajipan bagi si isteri,adalah satu keaiban bagi budaya mereka jika wanita tidak tahu bellydancing,wanita yg tidak tahu,tidak mahu dan malas mengamalkan tarian ini dianggap wanita yang tidak tahu menjadi isteri dan wanita yang sempurna dan baik bagi suami,kerana mereka menganggap wanita yang begini tidak mampu mencegah suami dari dari kemungkaran.

Ketika menari bellydancing, seluruh tubuh penari akan bergerak dan menyebabkan pembakaran lemak yang banyak serta pengeluaran peluh. Begitu juga ketika saat-saat sesuatu otot dicengkam kerana menahannya dari bergerak ketika otot bahagian lain yang bergelek. Misalnya, menggelekkan punggung tapi mencengkam otot dada dari bergerak. Dari sudut kesihatan, ia dapat meningkatkan aliran darah, denyutan jantung, menguruskan badan dan menghilangkan stress. Dengan berpeluh, ia dapat mengeluarkan toksin-toksin kotor dalam badan dan ini dapat mengurangkan masalah jerawat dan menghasilkan kulit yang bercahaya dan cantik. 

Menari lentik memerlukan penari berdiri tegak dan ada kalanya berjalan serta melompat kecil dalam tarian. Ia dapat menghasilkan postur badan yang betul. Berpakaian seksi ketika menari (sesame jantina) dan mempunyai tubuh yang mantap akan meningkatkan keyakinan dan sensuality. bellydancing yang penuh gemalai juga meningkatkan kewanitaan, kelembutan dan kemulusan seseorang perempuan.

Bellydancing berbeza dengan workout di gym, bellydancing akan menghasilkan’otot perempuan’. Berbanding otot maskulin seperti wrestler W.W.E, otot perempuan ini terhasil pada bahagian-bahagian tertentu saja di badan. Ingin mendapatkan lengan yang kecil, dada yang terletak, perut yang ramping dan punggung yang lentik, cubalah bellydancing.

Menyedari betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan senaman ini kepada golongan gadis,ibu –ibu dan kaum wanita keseluruhannya,D,Aora fitness centre dibesut terengganu telah mempermudahkan movement tarian bellydancing dan mereka satu jenis senaman bellydancing yang bersesuaian dengan konsep fitness,kerana D,Aora Fitness sentiasa melakukan penambahbaikan kepada konsep senaman dari semasa ke semasa serta bergiat cergas mempromosikan senaman ini kepada semua golongan wanita di semua peringkat usia.Jom kita amalkan senaman ini “JADIKANLAH DIRI KITA WANITA YANG SEBENAR BENARNYA WANITA MENGIKUT FITRAH KEJADIAN KITA”


Untuk keterangan lanjut sila hubungi D,AORA FITNESS DI TALIAN 0177069818.Kami juga menyediakan kursus dan bengkel bellydancing bagi yang berminat mendalami dan mempelajarinya.

Boleh kol/msg amalia jgk untuk pertanyaan tentang yuran dan jadual... 019-3185528 ...daa... tq

1 comment:

Just Funny said...

Salam kak kne yg dh kawin ke?

Post a Comment